KUALA LUMPUR, 10 MEI: Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret hari ini, kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar di sini, Jumaat lepas.